Toyota Crown Crossover Convertible, konsep binaan sekali yang unik

oleh Mohamad Hanif|
Tahun lepas, Toyota telah mengejutkan dunia SUV mewah dengan kehadiran model terbaharu Century SUV 2024 sebagai satu alternatif kepada segmen premium 'chaffeur-driven car' yang selama ini dikuasai oleh Century Sedan.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak cukup dengan itu, awal tahun lalu Toyota menghasilkan pula sebuah Century SUV Convertible binaan sekali (one-off) yang akan digunakan sebagai kenderaan perarakan acara Grand Sumo Tournament.

Kuota kejutan Toyota nampaknya masih belum pudar menerusi kemunculan sebuah lagi model convertible, kali ini menggunakan asas daripada model sedan Crown Crossover.

 


Ia tidak dilancarkan untuk kegunaan umum, sebaliknya convertible ini muncul dalam video rasmi Toyota Times.

Boleh dikatakan struktur asal Crown Crossover ini masih lagi dikekalkan dengan baik, melainkan bumbung serta tiang B dan C yang telah dipotong sepenuhnya.

Disebabkan itu, kesemua pintu Crown Crossover kini menggunakan rekaan tingkap tanpa bingkai.
 

Crown


Sementara dek belakang juga telah direka semula dengan menampilkan panel hitam kustom.

Sama seperti Century SUV, Crown Crossover Convertible ini tidak mempunyai struktur bumbung yang boleh dilipat dan dibuka.

Menurut laporan Kuruma News, pada awalnya terdapat perancangan untuk menjadikan Crown Crossover Convertible ini sebagai kereta perarakan kejuaraan Sumo.
 

Crown


Setelah pihak jawatankuasa berbincang dengan pengerusi Toyota Akio Toyoda, mereka membuat keputusan untuk menghasilkan kereta perarakan menggunakan asas daripada Century SUV.

Naib Presiden Hiroki Nakajima berkata, "kereta convertible sukar untuk dibuat dari segi teknikal dan kemahiran pembuatan.

"Namun, saya akui ramai orang sukakan kereta convertible, terutama di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Mereka mempunyai DNA yang membuatkan mereka mahu memandu sambil menikmati angin sepoi-sepoi.
 

Century


Ketua unit rekaan Toyota, Simon Humphreys berkata, "adalah penting untuk sebuah kereta convertible untuk nampak canggih dan cantik.

"Apa yang membezakannya dengan kereta normal ialah anda boleh melihat orang ramai. Orang yang duduk di dalam kereta juga merupakan sebahagian daripada rekaan.

"Jadi apabila kami mencipta Century, kami juga turut memastikan ia tidak kelihatan luar biasa."

Sumber: Kuruma News, YouTube Toyota Times

Berita Berkenaan

Berita Global
  Apa lagi yang menyerlah? Badan yang jelas tinggi atau dinaikkan dari permukaan jalan sekitar 25…
Berita Global
Dalam setiap ujian penilaian yang dibuat, Crown 2023 itu telah diberikan penilaian Baik (Good)…
Berita Global
Tidak seperti sedan generasi terdahulu, Crown Sedan baharu ini mempunyai dimensi 120 mm lebih…