Pesawat C919 buatan China hampir mendapat pensijilan

oleh SALINA JALIL|
Jet badan sempit C919 buatan China, yang direka untuk mencabar duopoli Airbus-Boeing, hampir mendapat pensijilan apabila pesawat ujiannya menyelesaikan semua tugas ujian penerbangan, kata syarikat itu semalam.


Pengilang milik negara, Commercial Aircraft Corp of China (COMAC) berkata dalam akaun media sosial rasminya bahawa enam pesawat ujian telah menyelesaikan tugas ujian ketika program itu memasuki peringkat akhir menerima sijil daripada Pentadbiran Penerbangan Awam China yang diperlukan untuk operasi komersial.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Itu akan menandakan satu kejayaan dalam cita-cita China untuk meningkatkan rantaian bekalan pembuatan.

 

Direka bentuk untuk bersaing secara langsung dengan keluarga Boeing 737 MAX dan Airbus 320neo, program pesawat C919 telah menghadapi pelbagai isu teknikal dan kawalan eksport Amerika Syarikat (AS) yang lebih sukar, selepas dilancarkan pada 2008.

 

Pelanggan pelancaran ialah China Eastern Airlines milik negara, yang telah membuat tempahan untuk lima jet C919 pada Mac tahun lalu.

 

Dipasang di China, pesawat itu banyak bergantung pada komponen Barat, termasuk enjin dan peralatan avionik. (laporan asal dari REUTERS)

Changjiang Daily, sebuah akhbar milik kerajaan tempatan Wuhan, dalam laporan pada 8 Julai berkata, syarikat penerbangan itu dijadualkan membuat penghantaran pertama pada Ogos.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terdahulu, pesawat itu pernah melakukan penerbangan ke bandar Shanghai, Beijing, Chengdu, Xi'an…