Pesawat pertama buatan China, C919 mula penerbangan sulung

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Pesawat mega pertama buatan China C919 menjalankan misi penerbangan MU7817 China Eastern Airlines dari Shanghai dan berjaya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changbei, Nanchang tepat pukul 10.30 pagi Sabtu lalu.


Difahamkan, penerbangan itu merupakan sebahagian daripada penerbangan pengesahan selama 100 jam sejak 26 Disember lepas sebelum C919 digunakan secara rasmi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Terdahulu, pesawat itu pernah melakukan penerbangan ke bandar Shanghai, Beijing, Chengdu, Xi'an, Haikou, Qingdao, Wuhan dan Jinan yang melibatkan sembilan lapangan terbang.

 

China Eastern Airlines dijangka bakal melancarkan penerbangan komersial rasmi dengan menggunakan pesawat C919 bagi laluan ke Nanchang, Shanghai dan Beijing.

 

China Eastern Airlines sebagai pengguna pertama telah menerima pesawat C919 pada 9 Disember 2022 dan pesawat yang dilengkapi dengan 164 kerusi serta mempunyai keunikan dalam hiasan dalaman dan luar kabin diberikan kod B-919A.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Pesawat penumpang bersaiz besar itu dijangka digunakan untuk perkhidmatan komersial pada musim…
Berita Global
  C919, yang dihasilkan oleh Commercial Aircraft Corp of China (COMAC), direka untuk menyaingi jet…
Berita Global
  Itu akan menandakan satu kejayaan dalam cita-cita China untuk meningkatkan rantaian bekalan…