Pesawat pejuang iringi pesawat Singapore Airlines ekoran ugutan bom

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerajaan Singapura menghantar jet pejuang bagi mengiringi penerbangan Singapore Airlines pagi tadi selepas seorang penumpang dalam pesawat itu mendakwa mempunyai bom dalam bagasinya dan menyerang anak kapal, kata polis dalam satu kenyataan.


Polis dimaklumkan mengenai ancaman bom pada penerbangan Singapura Airlines SQ33 dari San Francisco, kira-kira jam 2.40 pagi tadi (Rabu), kata kenyataan itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pesawat penumpang itu telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Changi kira-kira tiga jam kemudian, diiringi jet pejuang.


“Siasatan awal menunjukkan seorang penumpang lelaki, bukan warga negara Singapura yang berusia 37 tahun mendakwa terdapat bom dalam beg tangan dan menyerang anak kapal,” kata kenyataan polis.


Suspek dihalang oleh anak kapal dan kemudiannya ditahan kerana melakukan ugutan palsu terhadap tindakan pengganas, selain disyaki mengambil dadah.


Jurucakap syarikat penerbangan berkata, “Singapore Airlines telah mengesahkan seorang penumpang yang tidak dikawal menyerang seorang anak kapal dan membuat ancaman bom dalam penerbangan SQ33.” 


Penumpang dan anak anak kapal telah turun seperti biasa selepas pemeriksaan keselamatan pesawat selesai, kata mereka lagi.

 

 

StarOnline
 

Berita Berkenaan

Informasi
  "Pada masa akan datang, ujian dan vaksin COVID-19 akan menjadi perkara yang penting dalam…
Berita Global
  Lebih 400 pengunjung tidak melepaskan peluang menjalani pemeriksaan keselamatan seperti biasa di…