Petron catat pendapatan bersih RM145 juta H1 2021

oleh Mohamad Hanif|
Untuk tempoh separuh pertama tahun ini (H1 2021) Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (PMRMB) meraih pendapatan bersih sebanyak RM145 juta yang merupakan pembalikan daripada kerugian RM153 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Selain daripada itu, pendapatan suku kedua 2021 (Q2 2021) Petron mencatatkan pendapatan bersih berjumlah RM42 juta yang didorong oleh pemulihan harga minyak global dan jumlah jualan domestik yang lebih tinggi.

Berbanding suku pertama, harga minyak mentah Dated Brent terus mencatatkan aliran menarik dengan purata mencecah AS$69 setong untuk suku kedua, atau peningkatan sebanyak 13 peratus daripada AS$61.

Ini adalah disebabkan pengeluar OPEC+ mengekalkan pematuhan pengurangan bekalan di samping pemulihan permintaan yang beransur pulih dalam ekonomi utama.

Petron juga turut mencatatkan hasil berjumlah RM2 bilion untuk Q2, atau dua kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu didorong oleh kenaikan harga minyak dan juga jumlah jualan disebabkan lebih banyak sektor dan perkhidmatan perlu yang telah dibenarkan beroperasi semula.

PMRMB menjana untung kasar RM113 juta pada suku tersebut, pembalikan sepenuhnya daripada kerugian kasar RM68 juta pada suku yang sama tahun lalu apabila harga menjunam pada tahap yang belum pernah berlaku. Perolehan pegangan inventori daripada peningkatan harga dan pemulihan secara beransur-ansur dalam penjualan domestik adalah penyumbang utama kepada peningkatan margin.

"Kami dapat terus mengekalkan prestasi positif di atas ketahanan dan daya saing kewangan syarikat, serta peningkatan keseluruhan dalam industri minyak global. Kami akan terus berusaha untuk memperkukuhkan inisiatif pemulihan jumlah jualan, langkah rasionalisasi kos, dan usaha pengurusan risiko yang berhemah untuk mengekalkan momentum ini walaupun terdapat ancaman wabak yang berterusan," kata Pengerusi PMRMB Ramon S. Ang.

Berita Berkenaan

Informasi
  Dua pemenang hadiah tempat pertama akan memenangi sebuah motor Yamaha MT-25 setiap seorang…
Berita Domestik
Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan lagi penggunaan kad MyDebit ketika pengisian bahan api…
Berita Domestik
Hasil pandu uji menyaksikan Blaze 100 meningkatkan prestasi pemanduan dan merupakan bahan api…