Ia berkata lebih separuh daripada penemuan itu berada dalam Lembangan Sarawak, terutamanya dalam dua kelompok di wilayah geologi Balingian dan Luconia Barat.
"Antara penemuan yang utama ialah Gedombak-1, Sinsing-1, Machinchang-1 dan Mirdanga-1 oleh Petronas Carigali Sdn Bhd, serta Babadon-1 dan Chenda-1 oleh PTTEP Thailand," katanya.
Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) Petronas Mohamed Firouz Asnan berkata kejayaan penerokaan yang ketara itu mengesahkan kepercayaannya terhadap potensi tinggi lembangan Malaysia yang matang, dengan menggunakan data seismik 3D baharu dan teknologi perisian terkini bagi mengesan potensi hidrokarbon yang lebih dalam dengan lebih baik.
Pihaknya menyokong penuh penggunaan strategi penerokaan baharu oleh rakan kongsi mereka yang menumpukan potensi berdekatan dengan lapangan, yang akan membolehkan pengewangan lebih cepat bagi penemuan itu.
"Strategi itu penting dalam memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara-negara di rantau ini," katanya.
Mohamed Firouz berkata MPM akan melancarkan siri Pusingan Bidaan Malaysia seterusnya pada awal tahun depan, menawarkan kepada bakal pelabur lebih banyak blok penerokaan dan peluang penemuan sumber.
"Sokongan padu daripada negeri-negeri pengeluar serta kerajaan Persekutuan sangat penting dalam kejayaan pertumbuhan asas sumber negara," katanya.
- Syabas dan tahniah -