Sebagai perbandingan, PETRONAS mencatatkan keuntungan berjumlah RM23.0 bilion untuk tempoh yang sama tahun lalu.
Untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, keuntungan bersih PETRONAS susut 13 peratus kepada RM40.2 bilion, disebabkan purata harga direalisasi yang lebih rendah, sementara hasil turun kepada RM170.3 bilion daripada RM170.4 bilion.
Sementara itu, PETRONAS turut menjangkakan harga minyak dan gas kekal tidak menentu pada masa depan, dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi yang berterusan serta kebimbangan terhadap jaminan tenaga.
PETRONAS menjangkakan harga minyak mentah Brent bergerak antara paras US$70 (RM324.98) dan US$80 (RM371.40) setong untuk tempoh 12 bulan akan datang.
Berita penuh: Bernama