Menurut Zameer Zahur Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif, PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM), Sprinta Racing memenuhi piawaian antarabangsa yang ketat (JASO, MA2, API SN) dan boleh digunakan oleh motosikal-motosikal enjin 4-lejang dari jenama terkemuka Jepun, Eropah atau Amerika Syarikat.
Hadir dalam dua viskositi - 10W-40 dan 10W-50 (yang lebih likat), pelincir Sprinta Racing ialah pelincir sintetik sepenuhnya yang mendapat kebaikan dari formula bahan ester eksklusif.
Ester ialah antara kelas bahan sintetik yang mengandungi molekul yang stabil di mana ia mudah melarut serta memberikan prestasi yang amat baik dalam suhu rendah ataupun tinggi.
Sprinta Racing sudah berada di Petronas Shop dan halaman rasmi Shopee Petronas.
Harga runcit disyorkan ialah RM76 untuk botol 1L sementara di Malaysia Timur, harganya RM77.