PETRONAS, Mercedes-AMG F1 lanjut kerjasama teknikal bermula 2026

oleh Mohamad Hanif|
Kerjasama erat yang terjalin antara PETRONAS dan pasukan Mercedes-AMG F1 sehingga kini akan dilanjutkan bermula tahun 2026 dan seterusnya.

Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Selain daripada mengukuhkan hubungan sejak tahun 2010, ia juga akan memberikan isyarat komitmen PETRONAS dan pasukan Silver Arrows dalam menyahut cabaran terhadap perubahan peraturan teknikal yang telah ditetapkan oleh FIA bermula tahun 2026.

Pengumuman lanjutan tempoh kerjasama itu dibuat di Menara Berkembar PETRONAS, baru-baru ini.

Menurut CEO dan Prinsipal Pasukan, Toto Wolff, "hari ini kami melakukan perkara yang agak luar biasa - mengumumkan kerjasama yang akan bermula dalam tempoh empat tahun lagi. Ini memberikan satu  mesej penting: pasukan kami dan PETRONAS bukan sekadar rakan kerjasama, kami adalah keluarga, dan kami akan menjadi satu pasukan untuk tahun-tahun mendatang.
 

Petronas


"Bermula tahun 2026, penggunaan bahan api yang lebih mampan akan menjadi nadi utama dalam prestasi F1 - dan ini memberikan kami peluang untuk memperlihatkan kepakaran kami di dalam arena ini, menerusi kedua-dua unit kuasa dan penyelesaian PETRONAS Fluid Technology.

"Kami amat teruja untuk berlumba pada masa hadapan bersama-sama PETRONAS, dengan cita-cita untuk menetapkan satu standard baharu sekali lagi di dalam prestasi litar kami, dan merintis peralihan pasukan sukan global ke arah masa depan sifar bersih.

Sejak tahun 2010, kerjasama antara PETRONAS dan pasukan Mercedes-AMG F1 telah berjaya membuahkan hasil dengan lapan kejuaraan pengeluar dan 115 kejayaan Grand Prix, menjadikannya satu pencapaian yang sukar digugat di dalam F1.

Menerusi kerjasama itu juga PETRONAS telah berjaya membangunkan teknologi bendalir termaju untuk para pengguna di seluruh dunia seperti bahan bakar PETRONAS Primax, minyak pelincir PETRONAS Synthium dan bendalir PETRONAS Tutela.

Sumber: Mercedes-AMG F1

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kesan kenaikan ini menyebabkan sebilangan besar rakyat Malaysia terpaksa mengambil langkah…
Berita Domestik
  Menurut laporan dari Harian Metro, Petronas berkata, kejadian itu dipercayai membabitkan…
Informasi
  Penemuan penting ini dibuat dalam Kawasan Sertaan Bersama Sépia, meliputi kontrak Pemindahan Hak…