Petronas - Tiada perbincangan bawa F1 kembali ke Malaysia

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
PETRONAS mengesahkan tiada perbincangan diadakan untuk membawa kembali Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang.

Syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia memaklumkan perkara itu susulan laporan berita mengenai potensi untuk membawa kembali penganjuran acara sukan permotoran berprestij itu pada 2026.

"Kami mengesahkan bahawa tiada perbincangan mengenai membawa kembali sukan itu ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang," menurut Petronas dalam kenyataan pada Rabu.

Kali terakhir litar itu menganjurkan F1 ialah pada tahun 2017.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Langkah ini hadir susulan keputusan Adrian Newey untuk berundur daripada tugas pengurusan hanya…
Sukan Bermotor
Hamilton akui sudah kembali ke prestasi terbaik Menurut juara dunia tujuh kali itu, beliau kini…
Sukan Bermotor
Badan pentadbir sukan permotoran dunia, FIA, memaklumkan bahawa keputusan ini dibuat demi…