Antara model baharu yang dimaksudkan itu termasuklah Peugoet 408, serta crossover elektrik e-2008.
Selain daripada dua model itu tadi, Stellantis juga merancang untuk menawarkan trak pikap Landtrek versi CKD bagi menggantikan Landtrek CBU yang telah dilancarkan sebelum ini pada Mac 2023.
Untuk makluman, negara jiran kita Thailand telah pun menerima kehadiran model crossover sedan fastback Peugeot 408, menerusi pelancaran di Bangkok Internasional Motor Show 2023 Mac yang lalu.
Baca: Peugeot 408 2023
Model plug-in hybrid (PHEV) yang diimport sepenuhnya itu dibekalkan dengan nadi 1.6 liter turbo (180 PS/250 Nm) yang dipadankan dengan motor elektrik (110 PS/320 Nm), dengan kuasa keseluruhan 225 PS dan daya kilas 360 Nm.
Pek bateri berkapasiti 12.4 kWh pula membolehkan Peugeot 408 bergerak sejauh 63 km tanpa setitik petrol.
Peugeot e-2008 merupakan crossover generasi baharu yang telah pun dilancarkan di peringkat global pada pertengahan tahun yang lalu, dan bakal muncul di Malaysia pada pertengahan tahun hadapan.
Hadir dengan motor elektrik tunggal, ia mampu menghasilkan 136 PS dan 260 Nm, sementara pek bateri 50 kWh pula membenarkan jarak gerak sejauh 320 km (data WLTP).
Baca: Peugeot e-2008 2024
Dengan perolehan 100 peratus kepentingan dalam pemilikan kilang pemasangan di Gurun, Stellantis sedang menilai potensi fasiliti tersebut sebagai hab pengeluaran EV untuk rantau ASEAN, selain mewujudkan akademi latihan serantau.
Penggunaan platform baharu serba moden STLA Medium untuk barisan EV akan datang juga dikatakan mampu mewujudkan peluang kepada syarikat pembekal dan pengilang tempatan untuk tempoh empat tahun akan datang.
Kilang pengeluaran Stellantis di Gurun kini digunakan untuk memasang model-model seperti Peugeot 2008, 3008 dan 5008 untuk pasaran tempatan, serta pasaran eskport termasuklah Filipina, Kemboja dan Thailand.
Laporan penuh: CarSifu