Ia didatangkan dengan ruang storan yang agak besar di bahagian belakang yang mampu memuatkan sehingga 261 liter muatan, serta tambahan rak kargo di bahagian depan yang mampu menampung berat 20 kg.
Tidak cukup dengan itu, terdapat beg tambahan di bahagian tempat letak kaki yang mampu menawarkan ruang sehingga 5 kg.
Menurut Piaggio, kehadiran dua roda di bahagian belakang dikatakan mampu untuk mengagihkan berat dengan lebih berkesan, dibantu dengan mekanisme tahap kecondongan yang memberikan kestabilan dan pengalaman tunggangan yang lebih asli.
Ia dikuasakan oleh enjin silinder tunggal empat lejang 125 cc sejukan cecair yang direka untuk menawarkan prestasi yang cekap dan boleh dipercayai.
Setiap roda turut diberikan dengan brek cakera bagi menawarkan kuasa pemberhentian yang memadai.
Piaggio MyMoover ini dijual pada harga bermula dari 913,000 Yen (RM29,393) di pasaran Jepun.