Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata jalan yang akan ditutup adalah:
- Kilometer (KM) 3.5 Jalan Shapadu Lama;
- KM3.7 Jalan Shapadu Lama ke Rantau Panjang;
- Jambatan Raja Muda Nala (Jalan Tanjung Syawal); Jambatan Musaeddin (Jalan Batu Tiga Lama);
- Jalan Paip/Jalan Bukit Cherakah.
“Orang ramai disaran mematuhi PKP dan menggunakan jalan alternatif yang disediakan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli dalam kenyataannya pula berkata Jalan Tengku Kelana di bandar Klang juga akan ditutup sepenuhnya.
Selain itu kata beliau, lima sekatan jalan raya akan dilakukan 24 jam sehari di sekitar Klang Selatan sehingga berakhirnya PKP iaitu di Persiaran Kota; Batu 2 Jalan Langat; KM24.3 Lebuhraya Kesas; persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Jati dan Jalan Kampung Jawa.
“Orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan PKP boleh menghubungi Polis Klang Selatan di talian 03-33762400,” katanya.
Sumber: Bernama