PKPB: TC Subaru hanya terima pelanggan menerusi temujanji sahaja

oleh Mohamad Hanif|
TC Subaru Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif jenama Subaru di Malaysia akan mengehadkan operasi servis, penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan pelanggan bermula 14-27 Oktober berdasarkan temujanji sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini adalah selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya.

Para pelanggan yang ingin menghantar kenderaan mereka ke Subaru Kuala Lumpur, Subaru Cheras dan Subaru Petaling Jaya perlu menghubungi pusat tersebut dan membuat tempahan slot sebelum hadir ke fasiliti, dan tidak menerima pelanggan yang datang tanpa membuat temujanji.

Sementara itu, Subaru Kota Kinabalu kekal ditutup sehingga 20 Oktober ini.

 


Untuk pelanggan yang telah membuat temujanji pandu uji atau sebarang temujanji penting, pegawai yang bertugas akan menghubungi mereka untuk penjadualan semula sesi pandu uji/temu janji atau mengatur alternatif seperti transaksi digital.

TC Subaru juga turut mengimplementasi langkah pencegahan seperti mewajibkan pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu, perincian butiran peribadi untuk pengesananan kontak, proses sanitasi kenderaan, tempat kerja, serta mengehadkan jumlah pengunjung pada satu-satu masa selain mematuhi penjarakan sosial menerusi pelekat yang ditampal.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Tiada perubahan dari segi mekanikal, bermakna Subaru Forester 2023 facelift ini masih lagi…
Berita Domestik
Buat para pembeli Subaru Forester, TC Subaru menawarkan rebat lebih daripada RM36,999 yang…
Berita Domestik
Menurut Eugene Tan, pengurus negara di TC Subaru Sdn B hd menjelaskan, "kami mahu membantu mana-…