PKPD Mukim Bagan Serai - PLUS nasihat pengguna terus patuh SOP Diperketatkan

oleh Mohamad Hanif|
Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Bagan Serai, Kerian, Perak, PLUS Malaysia Bhd (PLUS) mengingatkan pelanggannya supaya terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) diperketatkan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepanjang tempoh 27 Mei hingga 9 Jun 2021, semua premis makanan dan minuman di Kawasan Rehat dan Rawat Gunung Semanggol (kedua-dua arah) akan beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

Pembelian makanan dan minuman hanya boleh dilakukan secara bungkusan sahaja, tidak dibenarkan makan di premis R&R.

Sementara itu, semua premis makanan dan minuman di lokasi R&R di sepanjang Lebuhraya PLUS akan dibuka bermula jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja, namun kemudahan seperti tandas awam dan surau akan dibuka 24 jam.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web PLUS di www.plus.com.my, atau laman media sosial Facebook dan Instagram PLUS Malaysia, atau Twitter @plus2u.

 

Berita Berkenaan

Informasi
"PLUS menasihatkan pengguna yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang untuk ke Perai supaya merancang…
Berita Domestik
  "Ia peningkatan 20 peratus kenderaan berbanding jumlah trafik pada hari-hari biasa. Oleh itu,…