Beliau berkata, ia bagi memastikan orang ramai dari luar tidak memasuki Putrajaya tanpa surat kebenaran, demi mencegah risiko jangkitan COVID-19.
"Ini kerana Putrajaya dikelilingi Kuala Lumpur dan Selangor yang masih berada dalam PKP Bersyarat (PKPB). Jika tidak dikawal, Putrajaya akan menjadi kawasan orang ramai berkumpul.
"Sehubungan itu jika orang luar datang melakukan aktiviti di sini tanpa surat kebenaran untuk merentas, polis akan mengenakan kompaun," katanya ketika dihubungi.
Mohd Fadzil berkata, polis meneruskan kawalan berikutan masih ramai yang keliru berhubung kawasan berdekatan Putrajaya tetapi terletak dalam daerah lain, contohnya pusat beli-belah IOI City Mall dan Cyberjaya adalah di bawah daerah Sepang.
Beliau berkata, Presint 1 hingga Presint 20 terletak bawah Putrajaya.
Katanya, hanya penduduk Putrajaya boleh menjalankan aktiviti dalam komuniti di kawasan terbabit.