Platform EVX dari William & Italdesign, mampu tampung kuasa 1,341 hp, jarak operasi sejauh 1,000 km!

oleh Mohamad Hanif|
Williams Advanced Engineering telah bekerjasama dengan Italdesign untuk membangunkan pelantar kenderaan elektrik yang dinamakan sebagai EVX.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Platform modular EVX ini direka untuk kenderaan dengan jarak antara roda bermula dari 2,900 mm sehingga 3,100 mm - bermakna ia boleh digunakan oleh pelbagai segmen kenderaan seperti kereta sports GT, sedan, crossover, coupe dan convertible.

Menurut Williams, pelantar baharu ini juga boleh digunakan oleh pengeluar OEM, atau pendatang baharu yang ingin menceburi bidang EV.

 


Salah satu ciri yang diketengahkan adalah rekaan casis utama modular yang mengintegasikan pek bateri sebagai sebahagian daripada struktur badan, dan ia memberikan lebih kebebasan kepada pengeluar untuk hadir dengan rekaan badan yang tersendiri.

Selain daripada itu, platform EVX menawarkan trenkuasa yang dibangunkan sendiri oleh Williams AE (hasil daripada penglibatan di dalam Formula E) yang mampu menghasilkan 1,341 kuasa kuda, serta pek bateri 160 kWh yang membenarkan jarak operasi sehingga 1,000 km!

Terdapat pilihan konfigurasi pacuan roda belakang, atau pacuan semua roda.

Untuk memastikan casis yang ringan dan kukuh, platform EVX ini menggunakan bahan komposit yang dikitar semula bersama-sama dengan bahan aluminium.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Membezakan antara platform EVR dengan EVRh ialah pek bateri besar 85 kWh yang telah digantikan…
Berita Global
  Setelah selesai diuji apakah hasilnya?  Kuasa puncak 130 kW (175bhp) dengan daya pecutan 0-97…
Berita Global
William contohnya memang mempunyai kepakaran dalam bateri EV di mana ia menghasilkan bateri untuk…