PLUS jangka kenaikan kadar trafik sempena cuti Krismas, Tahun Baharu

oleh Mohamad Hanif|
Pelanggan lebuh raya yang bercadang untuk bercuti bagi meraikan perayaan Krismas dan Tahun Baharu atau pulang ke kampung dinasihatkan supaya dapat merancang perjalanan lebih awal di lebuh raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi pelanggan yang melakukan
perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan di antara 22 Disember 2020 hingga 19 Januari 2021.

Jadual TTA ini merupakan salah satu langkah untuk menyuraikan trafik dan mengurangkan kesesakan terutama di laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat dan rawat pada musim perayaan ini.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, “Berdasarkan TTA yang dikeluarkan, pelanggan lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi. Manakala, pelanggan yang menuju ke lain-lain destinasi yang lebih hampir dengan Lembah Klang atau lain-lain negeri disarankan supaya memasuki lebuh raya selepas jam 12 tengah hari.”

“Sementara itu, orang ramai daripada negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak, Johor dan lain-lain negeri yang menuju ke Lembah Klang bagi tempoh yang sama, dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi,” tambah Datuk Azman.
 

TTA


“Kami amat menggalakkan orang ramai mengikuti jadual perjalanan yang disarankan untuk menikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar, sekaligus mengurangkan kesesakan,” ujarnya.

“PLUS juga menjangkakan peningkatan trafik sehingga 30 peratus atau kira-kira 1.7 juta kenderaan pada waktu puncak setiap hari berbanding 1.3 juta kenderaan pada hari-hari biasa akan menggunakan lebuh raya kendalian PLUS sempena cuti perayaan Krismas dan Tahun Baharu yang akan datang,” jelas Datuk Azman.

Sehubungan itu, pemandu juga diingatkan supaya memandu dengan selamat dan lebih berhati-hati berikutan musim hujan di seluruh negara pada ketika ini.

Sila pastikan kenderaan anda diselenggara dan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan, sentiasa memakai tali pinggang keledar di tempat duduk depan dan belakang, tidak berhenti di lorong kecemasan sekiranya tidak perlu dan patuhi had laju ketika berada di lebuh raya.

Dalam masa yang sama, PLUS turut menasihatkan pelanggan supaya memastikan baki kad Touch ‘n Go atau e-Wallet mereka mencukupi pada setiap masa.

Terdapat kira-kira 13,000 lokasi tambah nilai disediakan di seluruh negara bagi membolehkan pelanggan lebuh raya menambah nilai kad lebih awal.

Pelanggan lebuh raya juga disaran supaya membuat pra-pesanan makanan dan minuman menerusi Aplikasi PLUS untuk membawa pulang makanan untuk menikmati pengalaman yang lebih mudah dan selesa ketika berhenti rehat di R&R terpilih.

Selain itu, pelanggan lebuh raya PLUS boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya menerusi Aplikasi PLUS, twitter @PLUSTrafik, berinteraksi secara digital menerusi Chatbot PUTRI, papantanda elektronik lebuh raya atau menerusi talian bebas tol PLUSLine di 1800-88-0000.

Mereka juga disarankan supaya menggunakan aplikasi perjalanan Waze atau Google Map untuk mengelakkan kesesakan sebelum memulakan perjalanan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Walau bagaimanapun, yang mengundang tanda tanya dalam kalangan orang ramai adalah kedudukan…
Berita Domestik
Susunatur Rekabentuknya juga boleh dibahagikan kepada dua jenis susunatur: Susunatur tipikal di…
Berita Domestik
Beliau berkata, siasatan mendapati insiden jam 1.58 petang berpunca tindakan suspek menggunakan…