Penutupan lokasi tersebut adalah untuk memberikan laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan jalan bermula 27 Jun hingga 1 Julai 2022.
Pengguna lebuh raya yang ingin menghala ke selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini, selain mematuhi semua papan tanda trafik dan arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS di kawasan tersebut.