Polestar Re:Move - konsep skuter elektrik untuk tujuan penghantaran barang

oleh Mohamad Hanif|
Penggunaan skuter elektrik kian meluas di kalangan para penghantar makanan, dan Polestar nampaknya mempunyai solusi bagi tujuan penghantaran barang jarak dekat tanpa perlu beralih kepada mod pengangkutan yang lebih besar.

Memperkenalkan, Re:Move.

 


Re:Move merupakan sebuah kenderaan penghantaran perbatuan terakhir yang sesuai digunakan atas laluan basikal, dan mempunyai kapasiti kargo seberat 275 kg.

Projek ini sebenarnya dikomisyenkan oleh Wallpaper Magazine, direka oleh Konstantin Grcic yang mendapat bantuan daripada Polestar, pengeluar aluminium Hydro dan pembuat motosikal elektrik CAKE.

 


Tiada sebarang spesifikasi didedahkan, memandangkan ia hanyalah sekadar konsep, namun syarikat yang bertanggungjawab di sebalik projek ini bakal mengumumkan versi skuter yang mampu beroperasi sepenuhnya pada 17 Mac ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Eropah, pembeli (terutama golongan penuntut kolej) kini boleh mendapatkan skuter elektrik Honda…
Berita Domestik
Ia dilihat sebagai pengenalan kaedah bagi mempunyai potensi untuk mereka bentuk semula sepenuhnya…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek ditahan dalam…