Polis buru pemandu Myvi lawan arus di JB

oleh Mohamad Hanif|
Kejadian sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang melawan arus di Jalan Tun Abdul Razak menghala JB Sentral, di sini seperti yang tular dalam satu rakaman video di media sosial Facebook, hari ini akan disiasat polis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, pihaknya juga sudah menerima rakaman video menunjukkan aksi berani dan melanggar kesalahan jalan raya itu.

"Polis ada menerima rakaman video menunjukkan kereta melawan arah ini daripada orang awam pada Jumaat lalu. Bagaimanapun sehingga kini, tiada laporan polis yang diterima berkaitan kes terbabit.

Terdahulu, video berdurasi 18 saat tular di media sosial berkenaan memaparkan sebuah kereta berwarna hitam yang memandu laju melawan arus dari arah pusat bandar.

Rakaman video itu difahamkan diambil dari kamera video papan pemuka sebuah kereta yang turut hampir melanggar kereta berkenaan.

Sumber: Sinar Harian 

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi…
Berita Domestik
"Walau bagaimanapun, selepas pemerhatian dari video tersebut, terdapat beberapa buah kenderaan yang…
Berita Global
Menurut Ketua Polis Trafik Tol Bitung, Asisten Komisioner Polis Andy Pradana, sejurus menerima…