Polis buru suspek samun di stesen minyak

oleh Mohamad Hanif|
Pihak polis sedang menyiasat sebuah video tular berhubung kejadian samun terhadap seorang wanita tempatan di sebuah stesen minyak di Cheras di sini hari ini, menurut Bernama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam video berdurasi 14 saat di laman Facebook yang dikesan pihaknya pada kira-kira 7.30 malam itu mangsa kelihatan tidak menyedari bahawa suspek sedang menunggu beliau untuk membuka kunci kenderaan.

Zam Halim berkata selepas mengisi minyak, wanita itu membuka kunci kereta dan suspek dengan pantas menyamun beg tangan mangsa yang terletak di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


Beliau berkata hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku pada kira-kira 9 pagi yang melibatkan dua lelaki bertopi keledar menaiki motosikal.

“Seorang daripada suspek membawa lari beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta milik mangsa dan anggaran kerugian sebanyak RM500,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, suspek dikatakan cuba melarikan diri dengan memandu secara merbahaya…