Polis: Daftar masuk MySejahtera sebelum isi minyak atau akan dikompaun RM1000

oleh SALINA JALIL|
Dalam laporan Malay Mail semalam, pihak polis akan mengeluarkan saman sekiranya mereka yang hendak mengisi minyak, tidak mendaftar masuk terlebih dahulu dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.


Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, setibanya anda di stesen minyak, anda perlu mendaftar terlebih dahulu menerusi aplikasi MySejahtera meskipun tidak memasuki kedai serbaneka di stesen berkenaan.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

 

Beliau turut berkata bahawa sekiranya mana-mana individu didapati tidak mendaftar atau mengimbas, bagaimana pihak polis boleh mengesan individu terbabit jika berlaku kes COVID-19 di kawasan tersebut?

 

Mior turut memberitahu portal tersebut yang stesen minyak adalah kawasan awam yang boleh dikategorikan sebagai tempat sesak.

 

Selain itu, pengunjung juga wajib memakai pelitup separuh muka, mendaftar masuk dengan aplikasi MySejahtera bagi pengesanan kontak, mengimbas suhu badan dan menggunakan pensanitasi tangan. Jika gagal berbuat demikian, pihak berkuasa boleh mengenakan kompaun sebanyak RM1,000.

 

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai klip rakaman suara seorang lelaki yang mendakwa bapanya telah dikompaun sebanyak RM1,000 kerana gagal mendaftar aplikasi MySejahtera ketika mengisi minyak, walaupun dia memakai pelitup muka.

 

 

MalayMail

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Astro Awani melaporkan, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pemilik…
Informasi
  Gambar kereta jenis Proton Saga itu tular di Twitter selepas diparkir secara berlapis hingga…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di Balai Polis…