Polis dijangka guna kamera badan pada Oktober

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Penggunaan kamera badan (BWC) oleh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lapangan akan direkodkan dan boleh mengesan mereka yang disyaki terlibat dengan salah laku dan masalah Integriti.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, BWC mampu merekodkan pergerakan di lokasi serta tidak mempunyai fungsi untuk menghapus segala rakaman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Setiap pengguna (pegawai, anggota yang memakai BWC) akan dibekalkan ID khas semasa penugasan.

"BWC ini mampu merakam video dan audio sehingga lapan jam penugasan serta akan dijadikan rakaman bukti percakapan dan perbuatan pesalah (individu yang diperiksa)," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Wan Hassan berkata, BWC juga akan disenaraikan sebagai pemakaian wajib semasa penugasan.

"Adalah menjadi kesalahan tatatertib bagi mana-mana pegawai atau anggota polis yang gagal mematuhi arahan pemakaian BWC ini khasnya kepada petugas Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

"Bagi memastikan arahan pemakaian dan penggunaan BWC dilaksanakan sepenuhnya, prosedur operasi standard (SOP) penggunaannya telah siap dan berada dalam peringkat kemas kini untuk dihebahkan kepada semua peringkat pegawai polis di seluruh kontinjen," katanya.

Menurutnya, BWC bukan sahaja mampu menangani kes-kes salah laku dan integriti dikalangan petugas MPV dan URB tetapi juga mampu melindungi mereka daripada tohmahan terhadap sebarang tuduhan semasa melaksanakan penugasan.

"Penggunaan BWC juga mampu meningkatkan integriti dikalangan pegawai dan anggota polis, di mana ia dapat mencegah dan mengurangkan salah laku serta meningkatkan rasa selamat dikalangan orang awam," katanya.

gambar hiasan

Sementara itu, PDRM dijangka akan menerima 7,648 unit BWC secara berperingkat mulai September ini hingga Februari 2025.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, penerimaan itu adalah berdasarkan Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Selasa.

"BWC itu adalah untuk penugasan MPV dan URB di bawah JPJKK, selain akan diperluaskan untuk penugasan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Wan Hassan berkata, BWC itu akan ditempatkan di 157 ibu pejabat polis daerah (IPD) serta 640 balai polis di seluruh kontinjen dan penggunaannya adalah secara berperingkat mulai Oktober ini.

"Pada masa ini, kita menjangkakan BWC akan digunakan sepenuhnya oleh petugas-petugas MPV dan URB pada Mac 2025.

"Bagi memastikan semua petugas MPV dan URB mahir dalam mengendalikan BWC, latihan penggunaan akan dilaksanakan mulai Mac 2025 hingga Disember 2025," katanya.

Beliau berkata, PDRM sebagai agensi tunggal keselamatan awam negara dalam penggunaan teknologi terkini dan selaras dengan kepolisan moden.

"Selari dengan perkembangan teknologi dan penugasan kepolisan yang semakin mencabar, saya berharap penggunaan BWC dapat meningkatkan tatakelola yang baik dalam penugasan rondaan pencegahan jenayah dikalangan petugas MPV dan URB," katanya.

Wan Hassan berkata, pengunaan BWC akan menaikkan lagi imej PDRM dalam kalangan masyarakat kerana rakamannya boleh dijadikan bukti di mahkamah."Selain bukti sebarang kes jenayah termasuk kes yang membabitkan petugas difitnah semasa menguatkuasakan undang-undang," katanya.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"MPV SL 63 menghampiri dua lelaki tersebut dan mengarahkan untuk menghentikan motosikal yang…
Berita Domestik
“Hasil siasatan polis mendapati sebuah lori treler membawa muatan besi yang dalam perjalanan dari…
Berita Domestik
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin…