Polis Kelantan - Bukan sebab puntung rokok kereta meletup

oleh SALINA JALIL|
Polis Kelantan menafikan dakwaan kenyataan saksi yang mengatakan bahawa sebuah kereta yang meletup sehingga mengorbankan seorang lelaki di Simpang Empat, Kampung Sireh di sini Jumaat lalu berpunca daripada puntung rokok.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, selain itu, pihaknya turut menafikan dakwaan letupan itu akibat daripada dipanah petir dan penggunaan dron di kawasan berkenaan seperti yang tular di media sosial.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, polis kini sedang menunggu laporan penuh daripada Unit Forensik Polis Diraja Malaysia dan Unit Forensik Jabatan Bomba Dan Penyelemat untuk mengetahui punca sebenar yang mencetuskan kejadian itu.

 

“Apa yang boleh saya katakan, kejadian itu bukan berpunca daripada puntung rokok, petir dan penggunaan dron di kawasan tersebut.

 

“Siasatan berhubung kes itu akan mengambil sedikit masa kerana bahan bukti yang diambil dari lokasi kejadian adalah dalam kuantiti yang banyak. Ia perlu dianalisa terlebih dahulu dan kini sudah hampir siap,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

 

Akhbar Kosmo! baru-baru ini melaporkan, kejadian letupan kereta yang membawa muatan mercun bola mengorban seorang tukang jahit, Wan Hassan Wan Ali, 48, dipercayai berpunca daripada puntung rokok yang dibuang mangsa.

 

Hasil soal siasat terhadap saksi, mangsa disyaki cuba membuang puntung rokok sebelum kereta jenis Proton Iswara Aeroback dipandunya meletup pada pukul 5.30 petang Jumaat lalu.

 

Mengulas lanjut, menurut Shafien, siasatan turut mendapati, mangsa bukan sahaja membawa muatan mercun bola tetapi beberapa sampel mercun jenis papan turut ditemui di lokasi kejadian.

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"MPV SL 63 menghampiri dua lelaki tersebut dan mengarahkan untuk menghentikan motosikal yang…
Berita Domestik
“Hasil siasatan polis mendapati sebuah lori treler membawa muatan besi yang dalam perjalanan dari…
Berita Domestik
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin…