Polis kesan pemandu biar kanak-kanak keluar kepala di 'sunroof'

oleh Penyumbang Rencana|
Polis telah mengesan pemilik kenderaan yang bersikap cuai dengan membenarkan seorang kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui 'sunroof' kenderaan yang sedang bergerak.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohami Ishak, telah mengesan satu video tular berdurasi satu minit tujuh saat yang dimuat naik di laman Twitter.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 17 November 2023 lalu sekitar 9.30 malam, di kawasan sekitar Seri Alam, Johor Bahru.

“Pemandu kenderaan tersebut bersikap cuai terhadap keselamatan kanak-kanak itu dengan membiarkannya mengeluarkan kepala melalui 'sunroof' kenderaan tersebut.

“Pihak polis telah mengesan pemilik kenderaan tersebut untuk diambil tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh membahayakan nyawa atau keselamatan diri sendiri dan orang lain.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tertuduh yang berusia 30 tahun didakwa cuba memperdaya seorang lelaki berusia 28 tahun untuk urusan…
Informasi
  Kucing  itu kemudian terpelanting ke bahagian tingkap ‘sun roof’ sebuah kereta sehingga pecah…
Berita Global
Kejadian tragis tersebut sempat dirakam oleh salah seorang pengguna lebuhraya yang kebetulan sedang…