Polis nyaris dirempuh ketika sekatan jalan di Pulau Pinang

oleh Mohamad Hanif|
Seorang anggota polis nyaris cedera dirempuh sebuah kereta yang bertindak memecut laju selepas ditahan semasa pemeriksaan Perintah Kawalan Pergerakan di hadapan sebuah stesen minyak di Kampung Jawa, Jalan Sultan Azlan Shah di Bayan Baru, Pulau Pinang, semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata dalam kejadian pukul 5.11 pagi itu, polis telah menahan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback warna perak dipandu seorang lelaki dan terdapat seorang penumpang hadapan.

"Ketika seorang anggota polis meminta lesen serta kad pengenalan dua lelaki tersebut, pemandunya terus memecut kereta untuk lari daripada sekatan itu. Anggota yang sedang memegang lampu baton di hadapan kereta itu sempat mengelak daripada dilanggar," katanya hari ini.

Katanya polis berjaya menahan dua lelaki masing-masing berusia 36 tahun tersebut di Balik Pulau dan George Town kira-kira 3 petang dan 4.30 petang hari ini.

"Dua lelaki itu yang masing-masing mempunyai 10 dan 11 rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah kini direman bagi siasatan,” katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, semasa mangsa sedang…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata Vellfire …
Berita Domestik
  Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata tindakan menarik balik SJR ini adalah…