Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, semasa mangsa sedang bertugas, kereta yang dipandu suspek secara tiba-tiba memecut laju dari arah Pasir Pekan dengan memotong kenderaan lain di hadapannya.
"Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa yang ketika itu sedang membuat pemeriksaan kenderaan telah dilanggar dan tercampak ke seberang jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut beliau, anggota tersebut kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk rawatan lanjut.
Ujarnya, susulan kejadian itu, suspek telah ditahan dan hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan terbabit mendapati terdapat cecair disyaki air ketum sebanyak 500 milimeter.
Amran memberitahu, hasil siasatan awal mendapati suspek berada dalam keadaan dan tingkah laku khayal kesan daripada pengambilan pil epam dan minum air ketum.
"Suspek direman selama empat hari mulai Khamis hingga Ahad.
"Kes disiasat bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Video di bawah ini: