Polis siasat video aksi "Superman" sekumpulan penunggang motosikal di LPT 1

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video viral
Polis sedang menyiasat video tular yang memaparkan aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal melakukan gaya "Superman" sehingga menyebabkan berlaku kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata pihaknya telah mengesan rakaman video berdurasi 28 saat berkenaan yang tular menerusi media sosial pada 10 pagi Rabu.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Beliau berkata kejadian terbabit didapati berlaku di KM 127 arah timur LPT 1 pada Ahad lepas dan dirakam sendiri oleh seorang daripada penunggang motosikal berkenaan.

"Polis sedang giat menjejaki mereka yang terlibat dan beberapa penunggang motosikal itu telah tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu pihak polis dengan menghubungi talian 09-2716222.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan datang dari arah Temerloh menuju ke Mentakab. Ketua…
Berita Domestik
“Siasatan mendapati pemandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu tidak memberi perhatian…
Berita Domestik
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 9.45 pagi hari yang sama. "…