Polis tahan lelaki tunda kereta tersadai mangsa banjir

oleh Mohamad Hanif|
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan mencuri kereta Honda City milik seorang mangsa banjir di Jalan Persiaran Perusahaan, Seksyen 23 di sini, semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan mendapati pemilik kenderaan terbabit meletakkan kenderaannya di tepi jalan dalam keadaan baik dan berkunci kira-kira jam 6 petang, 18 Disember lalu.

Menurutnya, pemilik meletakkan kenderaan berkenaan di jalan itu disebabkan kawasan tempat tinggalnya mengalami banjir

"Bagaimanapun kira-kira jam 8.45 malam 20 Disember (Isnin) lalu, mangsa (pemilik) mendapati kereta berada di atas lori tunda.

"Lori terbabit dipandu seorang lelaki tempatan tidak dikenali malah suspek mendakwa ada individu menyuruhnya menunda kereta milik isteri mangsa itu ke bengkel," katanya dalam satu kenyataan.

Arjunaidi berkata, mangsa sempat membuat pemeriksaan ke atas kenderaannya dan mendapati bateri kereta hilang dan nombor pendaftaran kenderaan bahagian depan serta belakang dipatahkan selain pelekat cukai jalan turut hilang.

Katanya, mangsa tampil membuat laporan selepas dihubungi oleh pihak polis susulan hantarannya yang tular di media sosial, Rabu lalu.

"Tangkapan dibuat ke atas seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun yang juga pemandu lori tunda terbabit.

"Suspek direman dua hari sehingga hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.

Pada 19 Disember lalu, tular di media sosial Instagram mendakwa suspek mencabut nombor pendaftaran kereta miliknya dan mengangkut kenderaan terbabit ke atas lori tunda sebelum disedari oleh penduduk setempat.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Jurucakap lapangan terbang itu memaklumkan kejadian ribut yang luar biasa menyebabkan operasi di…
Informasi
Sejarah sebalik jambatan ini adalah ia hasil inovasi seorang jurutera tentera British semasa Perang…
Berita Domestik
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, rakyat cukup sengsara…