Polis tahan pemandu treler terlibat kemalangan di Gerik

oleh Penyumbang Rencana|
Polis telah menahan pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan tular membabitkan beberapa kenderaan di KM69, Lebuhraya Timur-Barat (Gerik-Jeli), 29 Okt lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata kejadian berlaku pada 11 pagi dan lelaki berusia 47 tahun itu ditahan pada hari sama ketika melalui sekatan jalan raya Batu Melintang di Jeli, Kelantan.

“Lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kertas siasatan kes itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


Beliau berkata kemalangan berpunca daripada muatan siling putih yang jatuh daripada sebuah treler semasa melalui selekoh dari arah Gerik ke Jeli lalu menimpa sebuah kenderaan jenis Subaru Forester dan tiga kenderaan lain.

Menurutnya pemandu Subaru Forester yang berusia 29 tahun tidak mengalami kecederaan, isterinya yang berusia 31 tahun cedera parah dan dirujuk ke Hospital Tanah Merah, Kelantan manakala mangsa lain hanya cedera ringan.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Mereka juga mendakwa beg udara gagal berfungsi dan pintu kenderaan tidak terbuka selepas kemalangan…
Berita Global
Malah, ia tetap satu kesalahan jenayah walaupun bahan itu tidak diterbitkan langsung di mana-mana…
Berita Domestik
Pihak Polis Daerah Sungai Buloh telah mengesahkan kejadian tersebut telah berlaku pada jam 12.40…