Polis tambah tiga lokasi sekatan jalan raya di Klang

oleh Mohamad Hanif|
Polis Klang Selatan akan mengadakan tiga sekatan jalan raya baharu di daerah ini ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa tengah malam ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, dua penutupan jalan dilaksanakan dan dipantau 24 jam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, tiga sekatan jalan raya tersebut adalah Persiaran Kota (susur keluar Majlis Perbandaran Klang); Batu 2, Jalan Langat (arah Banting berhadapan Indah Water Konsortium) dan Jalan Datuk Mohd. Sidin.

“Sekatan jalan raya di ketiga-tiga lokasi berkenaan akan bermula pukul 12 tengah malam ini.

“Bagi penutupan jalan pula akan diadakan di Jambatan Musaeddin, Jalan Tengku Kelana dan Jambatan Raja Muda Nala.

“Sementara itu, bagi sekatan jalan raya dan penutupan jalan yang diadakan sebelum ini berhubung pelaksanaan PKPB mukim Klang ditamatkan serta-merta,” katanya dalam kenyataan di sini.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…
Berita Domestik
"Siasatan itu dilakukan hasil dari tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kita…
Berita Domestik
"Sekatan jalan raya itu dijalankan sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Jelutong bermula jam 10…