Polis trafik tingkatkan usaha cari penunggang yang tidak guna lorong motosikal

oleh HEZERI SAMSURI|
Polis DiRaja Malaysia bahagian trafik bakal mengadakan lebih banyak lagi operasi-operasi untuk mencari pengguna jalanraya yang mempunyai masalah disiplin seperti tidak menggunakan lorong motosikal.

Terbaharu, polis Selangor telah menahan seorang pemuda berusia 21 tahun yang bukan sahaja tidak memiliki lesen motosikal, tetapi turut mempunyai 23 saman tertunggak dan sembilan waran tangkap yang masih aktif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan Sinar Harian itu juga memberitahu pihak polis akan mengetatkan lagi penguatkuasaan terhadap penunggang motosikal yang masih berdegil menggunakan lebuhraya dan tidak menunggang di lorong motosikal yang disediakan.

Superintenden Azman Sha'riat memberitahu Sinar Harian bahawa advokasi itu turut dikenakan kepada pemandu kenderaan lain.

Penguatkuasaan trafik negara masih lagi tidak mampu menggunakan sistem dimerit KEJARA seperti yang digembar-gemburkan sejak lebih sedekad lalu.

Hingga ke hari ini, masih lagi wujud kes-kes di mana pemandu kenderaan dengan jumlah saman yang tinggi terbabit di dalam kemalangan yang mengakibatkan kematian pengguna lain.

Mungkin juga pakar-pakar keselamatan jalanraya tempatan berani mengubah fokus dari hanya mensasarkan penunggang motosikal kepada pihak berkuasa yang masih menggunakan cara penguatkuasaan di takuk lama.

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…