Polis tumpas sindiket penyeludupan diesel bernilai RM15.2 juta, 12 lelaki ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar ihsan dari PDRM
Polis menahan 12 individu termasuk dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dengan nilai rampasan lebih RM15.2 juta.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, mereka ditahan dalam serbuan khas yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Perisikan Siasatan Khas (PSK) di Klang pada 9 Januari lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis turut merampas satu juta liter minyak diesel bersubsidi, 18 buah lori tangki minyak, 16 buah tangki skid yang setiap satu dianggarkan mengandungi 2,000 hingga 114,640 liter diesel, pam minyak (14 buah) dan dua buah buku stok keluar masuk minyak diesel.

"Siasatan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Hazani menjelaskan, dengan penahanan 12 suspek itu, polis berjaya menumpas satu sindiket penyeludupan bersubsidi di Klang.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, polis memberkas 40 individu menerusi 13 serbuan dengan jumlah rampasan hampir RM40 juta untuk 10 hari pertama bulan ini.

Menurutnya, PDRM sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam memerangi penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi untuk memastikan hasil negara sentiasa dilindungi daripada ketirisan.

"Kerjasama daripada orang ramai dalam penyaluran maklumat kepada pihak berkuasa amatlah digalakkan agar kegiatan jenayah dapat dibanteras sepenuhnya," tambahnya.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, dalam tempoh sama, nilai rampasan yang melibatkan lain-lain peralatan, kenderaan dan…
Berita Domestik
“Hasil pemeriksaan KPDN, minyak diesel dengan anggaran sebanyak 430,000 liter yang bernilai RM924,…
Berita Domestik
Beliau berkata, modus operandi digunakan adalah membuat pembelian berulang dalam jumlah had 20…