Porsche 911 Carrera T 2023 - kereta sports 385 PS dengan diet berat badan, transmisi manual 7 kelajuan

oleh Mohamad Hanif|
Porsche telah menambah sebuah lagi varian baharu di dalam keluarga kereta sports 911 menerusi pengenalan 911 Carrera T 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diposisikan antara model 911 Carrera dan 911 Carrera S, 911 Carrera T ini dikatakan mampu menjanjikan pemanduan yang lebih tulen.

Untuk itu, beberapa perubahan telah dibuat, antaranya diet berat badan di mana Porsche telah mengurangkan bahan penebat bunyi, membuang tempat duduk belakang dan menawarkan transmisi manual tujuh nisbah kelajuan, menjadikan berat keseluruhan sekitar 1,476 kg sahaja.
 

911


Usah risau, kerana 911 Carrera T ini masih lagi ditawarkan dengan transmisi PDK lapan nisbah kelajuan, di mana model PDK ini memiliki kelebihan berat sekitar 35 kg sahaja berbanding 911 bertransmisi manual.

Antara kelengkapan standard termasuklah sistem suspensi sports PASM yang merendahkan ketinggian sebanyak 10 mm, pakej Sport Chrono, rim titanium grey Carrera S bersaiz 20 dan 21 inci, roda stereng GT sports, sistem ekzos sports, dan Sports Seats Plus dengan larasan elektrik empat tahap.
 

911


Pembeli model ini juga boleh mendapatkan opsyen sistem stereng gandar belakang yang biasanya boleh didapati pada model-model yang lebih tinggi, seperti Carrera S, serta tempat duduk sports Adaptive Sports Seats Plus yang menawarkan larasan sehingga 18 tahap.

Dari segi kuasa, Porsche 911 Carrera T ini didatangkan dengan nadi enam silinder 3.0 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan kuasa 385 PS dan daya kilas 450 Nm, di mana ia mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 4.5 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 291 km/j.
 

911


Penampilan luaran 911 Carrera T dibezakan dengan kemasan Agate Grey pada komponen seperti perumah cermin sisi, logo pintu, serta logo belakang, manakala cermin belakang juga turut didatangkan dengan kemasan tinta kelabu.

Porsche 911 Carrera T boleh didapati dalam empat warna solid iaitu hitam, putih, Guards Red dan Racing Yellow, serta empat kemasan metalik Deep Black, Gentian Blue, Ice Grey dan GT Silver.
 

911


Warna khas lain yang boleh dipilih termasuklah Chalk, Ruby Star Neo, Carmine Red, Shark Blue dan Python Green, tidak termasuk 110 warna yang ditawarkan menerusi program Paint to Sample.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…