Porsche halang pemilik jual semula 911 S/T dalam tempoh 12 bulan pertama

oleh Mohamad Hanif|
Porsche 911 S/T 2024 merupakan model kereta sports 911 edisi terhad yang diproduksikan sebanyak 1,963 unit bersempena dengan sambutan ulang tahun model tersebut yang ke-60.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan pelbagai elemen pantas diwujudkan pada model tersebut, tidak menghairankan apabila 911 S/T 2024 mendapat sambutan yang cukup menggalakkan, biarpun dengan harga jualan yang agak mahal (dari $291,650 atau RM1.38 juta).

Porsche nampaknya akan melaksanakan pendekatan unik bagi mengelakkan sebarang insiden penjualan semula dengan harga yang tidak munasabah, iaitu dengan menghalang pemilikan penuh untuk tempoh 12 bulan pertama.
 

911


Menurut ketua produk 911 dan 718, Frank Moser menjelaskan kepada laman The Drive, "apabila 911 S/T diumumkan, kami telah menerima pendaftaran minat diluar jangkaan, jauh melebihi angka yang diperuntukkan untuk pasaran Amerika Syarikat.

"Kami mahu memastikan kereta tersebut tersedia untuk peminat sebenar,  untuk dipandu dan dinikmati untuk tahun-tahun mendatang.
 

911


"Atas sebab ini, mereka yang berjaya mendapatkan slot 911 S/T di US perlu mematuhi tempoh pengekalan minimum selama satu tahun. Sepanjang tempoh tersebut, kereta tersebut akan dipajak sebelum hak pemilikan dipindahkan.

Jelasnya lagi, proses ini hanya unik untuk para pemilik 911 S/T, di mana kumpulan pertama dijangka akan menerima unit masing-masing pada musim bunga tahun hadapan.

Baca: Spesifikasi Porsche 911 S/T 2024

Sumber: The Drive

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Kedua-dua kasut itu diinspirasikan daripada model 911 S/T serta model asal 911 S(T) yang lebih…
Berita Global
Boleh dikatakan, 911 S/T ini menggandingkan elemen yang wujud pada model 911 GT3 Touring Package…