Porsche kini mempunyai akses kepada 1.21 gigawatt tenaga - dah boleh rentas masa ke ni?

oleh Mohamad Hanif|
Jaringan pusat pengecasan Porsche yang terletak di benua Eropah dan Amerika kini membolehkan para pemilik EV Taycan mendapat akses kepada lebih 1.21 gigawatt kuasa.

Serentak dengan itu, Porsche memuat naik sebuah video ringkas yang memaparkan sebuah Taycan dipandi bersebelahan dengan mesin masa DeLorean yang ikonik itu.

1.21 gigawatt? Macam pernah dengar.
 

Taycan


Ya, ia sebenarnya merupakan satu rujukan kepada satu babak di dalam filem Back to The Future di mana karakter Dr. Emmett Brown menjelaskan amaun tenaga yang diperlukan untuk memberikan kuasa kepada kereta rentas masa beliau.

Nak tahu berapa banyak stesen pengecasan pantas yang boleh dikuasakan oleh angka tersebut? 1,042 buah!
 

Taycan


Di Amerika, terdapat kira-kira 670 buah stesen Electrify sementara di Eropah pula terdapat kira-kira 372 stesen Ionity, dengan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 4,800 unit pengecas individu.

Dengan adanya akses kepada stesen pengecasan pantas dan senibina 800 voltan, pemilik Taycan hanya perlu menghabiskan masa selama 22 minit untuk pengecasan dari lima hingga 80 peratus kapasiti bateri - bermakna kurang masa yang perlu dibazirkan, dan lebih masa diperuntukkan untuk melakukan perjalanan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Disebabkan itu, mereka baru-baru ini mendedahkan sebuah model konsep yang dinamakan sebagai Vision…
Berita Global
Berdasarkan data terkini daripada Norwegian Road Traffic Information Council, sebanyak 7,957 unit…
Telah Diuji
Acara yang berlangsung selama beberapa hari ini memberikan peluang bukan sahaja kepada para…