PORSCHE MACAN GENERASI BAHARU DIKUASAKAN ELEKTRIK SEPENUHNYA

oleh Firdaus Razani|
PORSCHE baru-baru ini menampilkan model prototaip Macan yang sedang diuji di dalam video teaser baharu melalui laman web rasminya.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Model Macan tersebut merupakan model generasi baharu yang dikuasakan dengan rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya dan dirasmikan pada 25 Januari ini.

Macan generasi baharu dibina diatas platfrom Premium Platform Electric (PPE) yang baharu yang menampilkan bateri litium-ion berkapasiti 100 kWj serta yang dapat menghasilkan kuasa elektrik sehingga 603 hp (450 kW) dan lebih 1000Nm tork.

Motor elektrik Macan EV ini menghasilkan kapasiti kasar 100 kWj, yang mana sehingga 95 kWj membolehkan Macan EV ini bergerak dengan jarak pemanduan sehingga 500km.

 

macan

 

Ia turut hadir dengan pengecasan pantas sehingga 270 kW yang boleh mengecas daripada 10 hingga 80 peratus dalam masa 22 minit.

Di dalam teaser tersebut, diperlihatkan lampu belakang yang menggunakan reka bentuk lebar penuh yang lebih tipis sama seperti model Porsche yang lain.

 

macan

 

Porsche berjaya menggabungkan DNA reka bentuknya dengan aerodinamik yang optimum bukan sahaja melalui siluet yang menarik tetapi juga melalui komponen Porsche Active Aerodynamics (PAA).

 

macan

 

Macan EV ini turut mempunyai spoiler belakang yang dilanjutkan secara automatik dan kepak penyejukan aktif pada salur masuk udara hadapan (front air intakes).

Elemen lainnya adalah seperti lantai kenderaan rata dan tertutup seperti kereta lumba, walaupun di kawasan axle belakang.

 

macan

 

Fairing yang fleksibel juga memastikan rintangan udara rendah merupakan inovatif digabungkan dengan roda yang diselaraskan, sebahagian besarnya tertutup dan kontur tayar yang dioptimumkan secara aerodinamik.

 

macan

 

Prototaip Macan EV ini juga diuji diseluruh dunia untuk menguji komponen pemanduan di setiap iklim yang mempunyai suhu dari -30 darjah celsius ke +50 darjah celsius.

SUV tersebut diuji di setiap permukaan geografi yang bukan sahaja di atas jalan raya, tetapi juga off-road, jalan berkerikil, salji dan juga ais.

 

macan

 

Berita Berkenaan

Berita Global
    Bot sport ini berukuran 8.67 meter (m) panjang dan 2.49 m lebar. Motor PSM (Permanent Magnet…
Berita Global
  911 GT3 baharu tampil dengan naik taraf aerodinamik di antaranya pemisah depan dan peresap…
Berita Global
  Permata untuk Porsche ialah 911 GT3 RS yang membawa elemen litar lumba ke jalan raya. Apa yang…