Sebaliknya, Porsche akan memperluaskan skop kepakaran mereka untuk memberikan penyelesaian kepada masalah-masalah yang timbul pada masa akan datang.
"Kebanyakan penduduk bandar mahu mengurangkan kadar trafik, jadi kami perlu hadir dengan satu solusi yang sesuai dengan jenama kami," ujarnya.
"Solusi pengkongsian kenderaan sahaja tidak mencukupi, dan ia tidak akan memberikan kami keuntungan yang signifikan.
"Pelanggan kami (pada masa ini) merupakan prospek yang akan membeli dua, tiga atau empat Porsche namun pada masa akan datang, mereka mungkin akan mengurangkannya kepada satu atau dua, manakala untuk pergerakan dalam bandar, mereka akan menggunakan perkhidmatan yang lain.
"Jadi, kami perlu memikirkan model perniagaan yang mampu mengimbangkan kembali potensi kerugian yang bakal kami hadapi," tambah beliau lagi.
Salah satu contoh model perniagaan terbaik yang Porsche ada pada ketika ini adalah perkhidmatan langganan Porsche di beberapa buah bandar besar Amerika Syarikat.
Menurut Meschke, ia merupakan satu titik permulaan yang sangat baik untuk Porsche, selain mampu mendekatkan jenama tersebut kepada golongan pelanggan yang lebih muda.
Program langganan ini khabarnya bakal diperluaskan ke Asia dan Eropah dalan masa dua tahun lagi, namun tambah beliau, dalam masa lima tahun lagi ia tidak akan mampu mengimbangi pengurangan mobiliti di dalam bandar, sekaligus menurunkan kadar penjualan seperti sedia ada.
Meschke turut mengakui akan tiba satu masa di mana sumber pendapatan Porsche akan hadir bukan dari segi penjualan kereta, namun beliau tidak memberikan butiran lanjut berkenaan bilakah Porsche akan mengambil langkah tersebut.
Sumber: Autocar Uk