Kemudian, rekod tersebut dipadamkan oleh Tesla Model S Plaid pada September 2021 dengan catatan masa 7 minit 35 saat.
Kini, Porsche berjaya merampas kembali kedudukan sebagai EV produksi terpantas di Litar Neraka Hijau itu dengan model Taycan Turbo S yang dipandu oleh pemandu uji yang sama, Lars Kern.
Ia bukanlah model Taycan Turbo S dengan spesifikasi standard kilang, sebaliknya Porsche melengkapkan sedan elektrik ini dengan opsyen kit prestasi dan ciri Porsche Dynamic Chassis Control (PDCC).
Dengan penambahan tersebut, Porsche Taycan Turbo S ini berjaya mengelilingi Litar Nurburgring sepanjang 20.8 km itu dengan catatan masa 7 minit 33 saat.
Kit prestasi yang dimaksudkan itu terdiri daripada pemasangan rim bersaiz 21 inci dengan balutan tayar Pirelli P Zero Corsa, serta kemaskini perisian Porsche 4D Chassis Control, dan buat masa ini hanya ditawarkan menerusi Porsche Tequipment untuk pasaran Jerman sahaja.
Sebagai info, harga untuk kit naiktaraf ini bermula dari €13,377 (RM61,219) dan boleh dipasang secara retrofit hanya dihadkan untuk model Porsche Taycan Turbo S 2023 sahaja.