Pos Malaysia sasar miliki 200 motosikal EV dan 143 van EV menjelang akhir tahun ini

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) diberitakan telah menerima 50 unit motosikal elektrik MEV-1 daripada Modenas dan DRB-HICOM EZ- Drive Sdn Bhd (Avis).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer berkata, inisiatif ini adalah  penanda dalam komitmen berterusan pihaknya terhadap kelestarian alam sekitar.

“Selain daripada jumlah keseluruhan 55 buah motosikal elektrik yang telah beroperasi di Lembah Klang, kami akan memobilisasikan 50 lagi motosikal elektrik Modenas ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia, termasuk Johor, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak.”

 

2

 

Menurutnya juga, Pos Malaysia mempunyai sasaran 200 buah motosikal elektrik dan 143 van elektrik di seluruh Semenanjung Malaysia menjelang akhir tahun 2023.

Ia merupakan komitmen syarikat itu untuk mengurangkan emisi pelepasan gas, meningkatkan kecekapan tenaga dan menghargai teknologi yang lebih mesra alam tetap utuh.

 

3

 

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan pula berkata MEV-1 mewakili inovasi dan penyelesaian mobiliti lestari serta melambangkan komitmen Modenas untuk menyediakan alternatif pengangkutan yang mesra alam di Malaysia dan di luar negara.

Dalam masa yang sama, Ketua Pegawai Operasi Avis Malaysia,  Mohd. Syahrul Yusuf menjelaskan, pihaknya berbangga bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk menyumbang secara aktif kepada pengurangan jejak karbon di Malaysia.

 

Sumber: Kosmo

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam ujian POC bermula 1 November hingga 1 Disember, sebuah traktor jenis Hangcha Aviation Model…
Berita Domestik
Enam lokasi itu terletak di Pejabat Pos Besar Ipoh, Pejabat Pos Besar Shah Alam, Pejabat Pos Taman…
Uncategorized
Program tersebut bertujuan untuk mengurus kemampanan dan mengurangkan jejak karbon dalam industri…