Enam lokasi itu terletak di Pejabat Pos Besar Ipoh, Pejabat Pos Besar Shah Alam, Pejabat Pos Taman Sri Tebrau, Pejabat Pos Besar Seremban, Pejabat Pos Besar Alor Setar dan Pejabat Pos Besar Melaka.
Pengguna EV kini boleh memanfaatkan pengecas pantas DC yang disediakan pada kadar RM1.20 per kWj, dimana ia beroperasi dari jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari.
Khusus untuk dua lokasi yang baru dibuka itu, pengguna di Ipoh boleh nikmati diskaun 15 peratus di Zus Coffee menggunakan kod ZUSPOSEV, sah dari sekarang hingga 31 Ogos, terhad kepada 100 pelanggan pertama.
Manakala pengguna di Shah Alam pula boleh menikmati diskaun 30 peratus untuk Make A Book Service menggunakan kod MMAB30, sah sehingga 30 September.