Potong ‘double line’, langgar lampu isyarat, pemandu Alza dicari

oleh Penyumbang Rencana|
Tular di media sosial video berdurasi seminit sebuah kenderaan Perodua Alza memandu secara melulu serta melakukan kesalahan trafik.


Lebih mengejutkan, pada durasi ke-26 saat, penumpang hadapan iaitu seorang wanita telah membuka tingkap dan mengeluarkan perkataan tidak wajar.


Berikutan itu, pihak Polis sedang mengesan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dikesan melakukan kesalahan trafik di persimpangan lampu isyarat Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau, di Jalan Seremban-Tampin, di Rembau.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya mengesan satu video tular pada Facebook Komuniti Setempat Rembau Macam-Macam Ado sekitar pukul 8.30 pagi Jumaat.

 

Menurutnya, dalam video tular itu, kenderaan MPV berkenaan datang dari arah Seremban menghala ke Tampin.

 

“Sebaik sampai di tempat kejadian, kenderaan tersebut telah memotong sebuah kenderaan di garisan berkembar dan seterusnya bergerak dalam keadaan lampu isyarat masih merah.

 

“Bahagian siasatan Dan penguatkuasaan trafik IPD Rembau telah membuka satu kertas siasatan di bawah Kaedah 17 LN 167/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

 

Hazri berkata, setakat ini, pemandu yang menularkan video berkenaan telah diambil keterangan dan usaha mengesan pemandu Perodua Alza itu sedang dijalankan.

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
  "Hari pertama Ramadan (23 Mac), pelanggan sudah mula buat tempahan (kereta sewa) untuk pulang ke…
Berita Domestik
Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, angka tersebut akan…
Berita Domestik
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad berkata, "…