Prestasi jualan Daihatsu Sirion 2021 - meningkat sedikit berbanding tahun lalu

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa tahun yang lalu, kami pernah melaporkan tentang prestasi jualan Daihatsu Sirion, sebuah hatchback di dalam segmen B di pasaran Indonesia, atau lebih mesra dikenali sebagai Perodua Myvi di pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di negara jiran, Daihatsu Sirion bersaing dengan beberapa model seperti Suzuki Ignis dan Honda Brio, di mana sambutan yang diterima tidaklah memberangsangkan seperti apa yang dinikmati di sini.

Bagaimana pula dengan prestasi pada tahun ini?

Laman web automotif Autonetmagz berjaya mendapatkan data jualan bagi Daihatsu Sirion untuk empat bulan pertama tahun 2021, dan ternyata prestasi yang ditunjukkan lebih baik jika dibandingkan dengan tahun lalu.

 


Difahamkan, sebanyak 480 unit Daihatsu Sirion telah terjual, di mana 80 unit daripadanya merupakan Sirion versi manual.

Jika dipecahkan mengikut bulan, Daihatsu berjaya menjual enam (ya, enam!) unit Sirion pada bulan Januari, diikuti 124 unit pada bulan Februari, 240 unit bulan Mac dan 110 unit pada bulan April.

Adakah Astra Daihatsu Motor silap percaturan dalam menawarkan Sirion untuk pasaran tersebut?

Berdasarkan laporan Autonetmagz, Daihatsu Sirion (bersama-sama dengan Suzuki Ignis) merupakan antara model yang tidak menikmati pengecualian cukai daripada Pajak Penjualan atas Barang Mewah (PPnBM) disebabkan statusnya sebagai unit yang diimport sepenuh (CBU) dari Malaysia, sementara Ignis pula diimport dari India.

Di dalam kelas segmen B, hanya Honda Brio RS sahaja yang mendapat keistimewaan daripada PPnBM.

 


Jika dibandingkan dengan tahun lalu, Daihatsu Indonesia hanya sekadar menjual 390 unit Sirion disebabkan wabak pandemik yang memaksa Perodua menghentikan sementara eksport 'Myvi' ke Indonesia.

Malah, terdapat beberapa bulan yang mencatatkan rekod jualan sifar, bermula dari April hingga Julai 2020, serta Oktober dan Disember tahun yang sama.

Dengan pelancaran model terbaharu Daihatsu Rocky (Perodua Ativa) ternyata ia mampu menggugat kedudukan Sirion disebabkan julat harga yang hampir sama walaupun segmentasi yang berbeza.

Sumber: Autonetmagz

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Hatchback segmen A, Daihatsu Ayla ternyata banyak mengambil inspirasi daripada rekaan Ayla Turbo…
Berita Domestik
Dua varian Myvi generasi ketiga itu dijual di Singapura. Di bawah ialah senarai varian dan harga (…
Berita Global
Jika di Malaysia, kita lebih mengenali Perodua Myvi sebagai mobil sejuta umat yang paling laris…