Prestasi syarikat pemula NEV di China - baru tidak semestinya baik!

oleh Mohamad Hanif|
China memang berazam untuk mengejar impian menjadi sebuah kuasa besar dunia di dalam bidang automotif, ini boleh dilihat menerusi kemunculan sedikit demi sedikit jenama-jenama baharu saban hari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. 

Terlalu banyak syarikat pemula adakalanya tidak mendatangkan pulangan yang positif, walaupun kita sudah sedia maklum pasaran di China sememangnya satu pasaran yang sangat besar di dunia. 

Berdasarkan angka jualan rasmi yang diperoleh daripada China Passenger Car Assosiation (CAAM), walaupun China kini dibanjiri dengan kehadiran jenama-jenama baharu, angka jualan yang diperoleh cukup membimbangkan. 

 


Jauh lari dari sasaran yang ditetapkan. 

Seperti contoh, NIO yang kini memiliki dua produk utama hanya mampu menjual sebanyak 7,418 unit sahaja untuk separuh pertama tahun 2019 berbanding sasaran awal sebanyak 50,000 unit. 

WM Motors (Weltmeister) yang hanya menghasilkan satu produk EX5 (bukan Honda EX-5) juga sekadar menjual kira-kira 8,747 unit sahaja, berbanding sasaran asal 100,000 unit!

Leap Motor menghasilkan sebuah kereta sports S01 dengan target 10,000 unit, mereka hanya mampu menjual sebanyak 10 unit sahaja!
 


Secara jelas, kebanyakan syarikat-syarikat ini gagal untuk mencapai sasaran yang ditetapkan - angka jualan yang sangat rendah - dan agak mustahil untuk mereka kekal di dalam industri sekiranya tiada sebarang tindakan susulan diambil. 

Masalah utama yang dilihat menjadi faktor kepada kekurangan jualan adalah pasaran yang kian tepu selain kesukaran untuk memulakan produksi, kekurangan pusat pengedar dan isu yang sinonim dengan pasaran China - kualiti. 

Sebelum ini, kami pernah menyiarkan berita berkenaan isu kualiti yang masih lagi menghantui kebanyakan produk-produk China, terutama melibatkan kenderaan tenaga baharu (NEV). 
 


Isu seperti kebakaran secara tiba-tiba, bateri kehabisan tenaga secara mendadak merupakan antara masalah utama yang sering diadukan oleh para pengguna di sana, sehinggakan mereka menyesal akibat terlalu percayakan syarikat-syarikat pemula ini. 

Sumber: CarNewsChina

Berita Berkenaan

Berita Global
Hiperon Fosslin membawakan ukuran sepanjang 4,880 mm, lebar 1,990 mm, tinggi 1,689 mm dengan jarak…
Berita Global
Oleh sebab itu, sebuah syarikat pemula yang lahir dari Istanbul, Tozz Bike tampil dengan idea yang…
Berita Global
Arrival Van ini akan memasuki fasa percubaan tahun ini dengan beberapa rakan perniagaan terpilih…