Lelaki ini bina Volvo V70 guna 400,000 kepingan bongkah Lego!

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu meme yang bertebaran di dalam alam maya ialah kehebatan kereta-kereta lama Volvo yang sama taraf dengan bongkah Lego atau kereta kebal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan sebuah wagon Volvo V70 skala 1:1 yang terdiri daripada 400,000 kepingan bongkah Lego.

Menurut laporan, 400,000 kepingan Lego itu berjaya dimenangi oleh beliau dalam satu pertandingan Lego Masters yang diadakan beberapa tahun lepas, sebelum digunakan untuk pembinaan wagon V70.
 

lego


Disebalik binaan Volvo V70 Lego itu, ia sebenarnya diperkukuh dengan kerangka logam, diikuti dengan padanan rim dan tayar yang sebenar.

Selebihnya - termasuklah tempat duduk, papan pemuka, roda stereng dan kluster instrumen - diperbuat daripada bongkah Lego.

Menariknya, wagon Lego ini sebenarnya boleh dipandu keluar, kerana ia sebenarnya adalah sebuah EV yang mempunyai motor elektrik, dan roda stereng yang berfungsi sepenuhnya.
 

lego


Bahkan unit lampu utama juga boleh bergerak mengikut arah putaran roda stereng!

Laman Instagram Brickscale melaporkan V70 Lego ini telah dipamerkan di Ecar Expo, Gothenburg pada Disember lepas di mana para pengunjung boleh menyaksikan sendiri bagaimana wagon ini dipasang.

Kereta Lego ini juga dijangka akan membuat kemunculan umum di beberapa lokasi di Sweden sepanjang bulan April nanti.

 


Sumber: Instagram Brickscale

Berita Berkenaan

Berita Global
Kempen tersebut bertujuan untuk menggantikan beg udara sebelah pemandu yang bermasalah dan mampu…
Berita Global
Video mini blocbuster ini ditulis sendiri oleh Christian von Koenigsegg, CEO dan pengasas syarikat…