Menurut CEO Ineos Automotive, Dirk Heilmann menjelaskan, "kami hanya mempunyai satu peluang sahaja untuk ini, di mana sasaran kualiti serta prestasi kekal menjadi keutamaan.
"Kami tidak akan mengambil jalan mudah. Setelah mendapat keputusan positif, kami yakin berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran dan membenarkan produksi bermula seawal Julai tahun hadapan," tambah beliau lagi.
Ineos yang dimiliki oleh jutawan Jim Ratcliffe kini sedang menggandakan pembangunkan Grenadier, di mana 130 unit kenderaan prototaip fasa kedua akan mula diuji di kawasan ekstrem seluruh dunia merangkumi jarak sejauh 1.8 juta kilometer.
Awal tahun ini, Ineos berjaya melengkapkan ujian kalibrasi enjin di bawah kondisi sejuk Sweden, dan fasa berikutnya bakal menyaksikan Grenadier menjalani ujian cuaca panas bertempat di Death Valley, Amerika Syarikat dan padang pasir Timur Tengah.