Professor bersara jual kesemua lima unit Toyota MR2 AW11!

oleh Mohamad Hanif|
Kejadian yang luar biasa ini berlaku di Cape Girardeau, Missouri apabila sebuah pengedar kenderaan telah menerima lima unit Toyota MR2 generasi pertama AW11, yang masih terpelihara daripada sebarang kecacatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketika ditemuramah Japanese Nostalgic Car, Ben Brotheron, pengurus jualan di Coad Toyota berkata, kesemua lima unit Toyota MR2 AW11 tersebut dimiliki oleh seorang professor bersara yang mahu menukarkannya kepada sebuah Miata tahun 2016.
 


Professor tersebut mengumpulkan Toyota MR2 AW11 tersebut berdasarkan setiap tahun produksi seperti berikut: 

  • Toyota MR2 AW11 1985, transmisi manual, jarak perbatuan 333,134 km (kuning)
  • Toyota MR2 AW11 1986, transmisi manual, jarak perbatuan 225,308 km (merah)
  • Toyota MR2 AW11 1987, transmisi auto, jarak perbatuan 129,552 km (putih)
  • Toyota MR2 AW11 1988 supercharger, transmisi auto, jarak perbatuan 126,333 km (putih)
  • Toyota MR2 AW11 1989, transmisi manual, jarak perbatuan 45,061 km (ice blue pearl)


Menurut kenyataan Ben, walaupun secara zahirnya professor itu merupakan seorang fanatik terhadap kereta berenjin tengah daripada Toyota, hakikat kehidupan beliau yang baharu sahaja kehilangan isteri membataskan minatnya untuk terus memelihara kelima-lima unit kereta tersebut. 

Kesemua lima unit Toyota MR2 AW11 tersebut ditukarkan kepada sebuah Mazda Miata 2016 dengan jarak perbatuan 16,093 km. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Isu di sini yang menjadi misteri ialah adakah MR2 baharu itu adalah kenderaan elektrik (EV)…
Informasi
Porsche 911 tetap mengekalkan enjin di atas gandar belakang.   1. Enjin Belakang (Rear- Engine…
Berita Global
Apa yang menarik, menurut khabar angin yang dilaporkan oleh Japanese Nostalgic Car, Toyota MR2 ini…