Projek Apple Car bakal guna kepakaran produksi Kia di US

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, terdapat beberapa laporan yang menyebut Apple dan Hyundai bakal membentuk satu kerjasama baharu bagi membangunkan kenderaan elektrik swapandu pada Mac ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, laporan terkini daripada E-Daily menyebut Hyundai Motor Group telah menerima cadangan daripada Apple supaya projek ini diambil alih oleh Kia Motors, anak syarikat Hyundai itu sendiri.

Jika Kia bersetuju dengan cadangan tersebut, maka produksi kereta pertama Apple akan mengambil tempat di kilang Kia di Georgia, Amerika Syarikat sekaligus mengekalkan status sebagai produk buatan US sepenuhnya.

Kia sebelum ini memperkenalkan solusi Plan S di mana salah satu daripadanya adalah purpose-based vehicle (PBV) di mana Kia merancang untuk membangunkan dan membekalkan kenderaan yang disesuaikan untuk pelbagai penyedia mobiliti.

Hyundai Motor Group melihat perancangan Kia ini amat bersesuaian untuk diaplikasikan pada perniagaan kereta pertama Apple.

Setakat ini, ia masih lagi diperingkat awal dan Hyundai Motor Group menyatakan, "perancangan tersebut masih lagi belum diputuskan."

Sumber: E-daily

Berita Berkenaan

Berita Global
Elon ditanya tentang rancangan Apple untuk membuat sebuah EV dan dengan sinis, Elon menjawab bahawa…
Berita Global
Lebih 2,000 orang pekerja terjejas kesan daripada penutupan projek tersebut, namun menurut laman…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, projek ini semakin bermasalah dengan pelancaran ditangguh ke 2028…