Projek CSR lalu Pelangai-Kuala Pilah perlu diteruskan

oleh Penyumbang Rencana|
sumber gambar: Pahang Media
Laluan Lebuh raya Central Spine Road (CSR) yang terhenti di Sertik di sini perlu diteruskan mengikut cadangan laluan asal ke Kuala Pilah melalui Simpang Pelangai demi manfaat penduduk setempat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun berkata, laluan berkenaan yang menjadi satu inisiatif daripada Tan Sri Adnan Yaakob semasa menjadi Menteri Besar Pahang amat signifikan kepada pengguna jalan raya sekali gus mampu meningkatkan sosio ekonomi penduduk setempat.

Justeru katanya, beliau akan terus berusaha menggunakan pelbagai cara dalam memastikan laluan berkenaan dapat diteruskan secepat mungkin.

“Hari ini terhenti di situ (Sertik) dan kita difahamkan ada dihentikan kononnya jalan ini akan disatukan sekali Pelangai ini dengan lebuh raya di Bera.

“Kalau hendak menunggu itu mungkin 10 tahun lagi mungkin menjadi kenyataan, jadi saya tidak ada pilihan mungkin kita gunakan apa juga hubungan yang ada untuk pastikan bajet tersebut diluluskan kerajaan Persekutuan,”katanya pada Majlis Jamuan Kesyukuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pelangai di sini hari ini.
 

csr


Projek Jalan CSR fasa awal merupakan pembinaan jalan baharu dan menaiktaraf jalan sedia ada sepanjang 306.8 kilometer dari Kuala Krai Kelantan ke persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur dengan kos keseluruhan sebanyak RM7.3 bilion.

Pembinaan keseluruhan jajaran Lebuh Raya CSR dari Kuala Krai, Kelantan ke Bentong dijangka siap sepenuhnya pada 2026 manakala laluan sambungan dari Lebu ke Raub sejauh 25.5 kilometer dijangka siap selewatnya pada 2023.

Laluan daripada Karak ke Pelangai yang juga dalam perancangan belum dimulakan kerana belum mendapat peruntukan dalam Rancangan Malaysia ke-12. 

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan laluan tersebut akan memberikan kemudahan kepada perantau untuk menyambut Hari Raya…
Informasi
  "Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) telah berbincang dengan syarikat penerbangan supaya tidak…
Berita Domestik
Keadaan sebegini sudah hampir berlarutan hampir lima tahun selepas sebahagian Lebuh Raya Central…